Assalamualaikum dan salam sejahtera, sudah buat ulangkaji
mengenai lukisan Isometri? Baiklah kali ini, kita akan sama-sama mendalami lagi
mengenai Isometrik, bagaimana mahu melukisnya?
Baiklah, untuk permulaan ini, kita kenal dahulu dengan paksi
isometri,
"Paksi isometri? apa tu? untuk apa kita ketahui
paksi-paksi ni??"
Dengan mengetahui paksi isometri ini, memudahkan kita
melukis objek dengan menyatakan segala maklumat yang ada pada objek mengikut
kesesuaian. Paksi Isometri ini perlu berkedudukan 120 darjah tidak kira dari
mana sudut permulaan yang kita ambil. terdapat 3 paksi
paksi biasa
Paksi ini adalah paksi yang biasa digunakan untuk melukis
objek, Paksi ini dilukis dengan sudut sama 30 darjah di kiri dan kanan. pada
paksi ini, butiran objek dilukis dengan jelas di sebelah atas
paksi panjang
Pada paksi ini, sesuai untuk
melukis objek yang berbentuk panjang, caranya, garisan condong 120 darjah
dilukis mendatar dan satu paksi isometri dolukis selaridengan garisan mengufuk.
paksi terbalik
Pada Paksi Ini, segala
butiran objek dilukis di bahagian bawah, dengan darjahnya menghala dibawah,
sama 30 darjah dikiri dan kanan
Macam mana? mudahkan? melukis
isometri ini tidak kira macam mana sekalipun asalkan dia mempunya paksi-paksi
seperi diatas..