Ahad, 16 Disember 2012

ULANGKAJI LUKISAN ISOMETRI


Assalamualaikum dan salam sejahtera, sudah buat ulangkaji mengenai lukisan Isometri? Baiklah kali ini, kita akan sama-sama mendalami lagi mengenai Isometrik, bagaimana mahu melukisnya?


Baiklah, untuk permulaan ini, kita kenal dahulu dengan paksi isometri,
"Paksi isometri? apa tu? untuk apa kita ketahui paksi-paksi ni??"
Dengan mengetahui paksi isometri ini, memudahkan kita melukis objek dengan menyatakan segala maklumat yang ada pada objek mengikut kesesuaian. Paksi Isometri ini perlu berkedudukan 120 darjah tidak kira dari mana sudut permulaan yang kita ambil. terdapat 3 paksi


paksi biasa

Paksi ini adalah paksi yang biasa digunakan untuk melukis objek, Paksi ini dilukis dengan sudut sama 30 darjah di kiri dan kanan. pada paksi ini, butiran objek dilukis dengan jelas di sebelah atas



paksi panjang




Pada paksi ini, sesuai untuk melukis objek yang berbentuk panjang, caranya, garisan condong 120 darjah dilukis mendatar dan satu paksi isometri dolukis selaridengan garisan mengufuk.




paksi terbalik





Pada Paksi Ini, segala butiran objek dilukis di bahagian bawah, dengan darjahnya menghala dibawah, sama 30 darjah dikiri dan kanan


Macam mana? mudahkan? melukis isometri ini tidak kira macam mana sekalipun asalkan dia mempunya paksi-paksi seperi diatas..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan