kenapa lukisan kejuruteraan penting???
lukisan kejuruteraan adalah satu
matapelajaran asas yang penting kepadapelajar kejuruteraan. Ia merupakan bahasa
kejuruteraan dan bahasa grafik yang digunakan dalam bidang kejuruteraan.Hari
ini, lukisan kejuruteaan telah telah diterima sebagai media yang digunakan oleh
saintis, jurutera, pereka bentuk, juruteknik mahupun mahupun pekerja
pengeluaran. Penglibatan lukisan kejuruteraan dalam bidang jurutera adalah
menyeluruh. Bermula dari pengetahuan asas, lakaran sehingga peringkat
penyelenggaraan.
Oleh kerana lukisan kejuruteraan
mempunyai fungsi utama dalam proses kejuruteraan, ia dianggap sebagai suatu
alat pengajaran dan bukan sebagai suatu kerja seni. Suatu lukisan kejuruteraan
mestilah mudah, tepat dan jitu.Kefahaman yang mudah dalam lukisan kejuruteraan
adalah penting kerana lukisan tersebut menyampaikan suatu maksud atau menerangkan
suatu yang diperlukan untuk suatu tujuan.
Dengan kata lain, lukisan
kejuruteraan ini adalah awalan sebelum sesuatu dibina, bagi membantu menentukan
tahap kesesuaian dan kepenggunaan bahan sebelum sesuatu dibangunkan.
Dizaman serba canggih ini, perlbagai
kemudahan telah tercipta bangi membantu memudahkan proses lukisan kejuruteraan.
Perisian seperti Autocad, Autodesk Inventor mahupun Google schetch adalah software
atau aplikasi membantu membentuk sesebuah idea dengan lebihtepat
mengikut skala.
Jadi Kenapa Lukisan Kejuruteraan?
Kerana Lukisan ini adalah penting dalam sesebuah proses kejuruteraan.
penghasilannya membantu pereka sesuatu produk membayangkan rupa awalan produk
tersebut dan dapat menegetahui tahap fizikal dalam bentuk lakaran kejuruteraan.
Lukisan kejuruteraan merupakan lukisan garisan – garisan
yang dibentuk daripada pensel. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat
dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan , bukannya secara bebas tanpa
menggunakan peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu
bentuk objek dengan lebih terperinci yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari
semua arah pandangan.
PERALATAN ASAS DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN.
- Papan Lukisan.
- Kertas Lukisan
- Sesiku T
- Jangka Lukis
- Pembahagi
- Jangka Sudut
- skala/pengukur/pembaris
- lengkung perancis
- pensel
- getah pemadam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan