Ahad, 16 Disember 2012

ASAS VIDEO LANGKAH-LANGKAH MELUKIS ISOMETRI


VIDEO 1


VIDEO 2 : 


ULANGKAJI LUKISAN ISOMETRI


Assalamualaikum dan salam sejahtera, sudah buat ulangkaji mengenai lukisan Isometri? Baiklah kali ini, kita akan sama-sama mendalami lagi mengenai Isometrik, bagaimana mahu melukisnya?


Baiklah, untuk permulaan ini, kita kenal dahulu dengan paksi isometri,
"Paksi isometri? apa tu? untuk apa kita ketahui paksi-paksi ni??"
Dengan mengetahui paksi isometri ini, memudahkan kita melukis objek dengan menyatakan segala maklumat yang ada pada objek mengikut kesesuaian. Paksi Isometri ini perlu berkedudukan 120 darjah tidak kira dari mana sudut permulaan yang kita ambil. terdapat 3 paksi


paksi biasa

Paksi ini adalah paksi yang biasa digunakan untuk melukis objek, Paksi ini dilukis dengan sudut sama 30 darjah di kiri dan kanan. pada paksi ini, butiran objek dilukis dengan jelas di sebelah atas



paksi panjang




Pada paksi ini, sesuai untuk melukis objek yang berbentuk panjang, caranya, garisan condong 120 darjah dilukis mendatar dan satu paksi isometri dolukis selaridengan garisan mengufuk.




paksi terbalik





Pada Paksi Ini, segala butiran objek dilukis di bahagian bawah, dengan darjahnya menghala dibawah, sama 30 darjah dikiri dan kanan


Macam mana? mudahkan? melukis isometri ini tidak kira macam mana sekalipun asalkan dia mempunya paksi-paksi seperi diatas..


Khamis, 6 Disember 2012

PENGENALAN LUKISAN KEJURUTERAAN



kenapa lukisan kejuruteraan penting???


lukisan kejuruteraan adalah satu matapelajaran asas yang penting kepadapelajar kejuruteraan. Ia merupakan bahasa kejuruteraan dan bahasa grafik yang digunakan dalam bidang kejuruteraan.Hari ini, lukisan kejuruteaan telah telah diterima sebagai media yang digunakan oleh saintis, jurutera, pereka bentuk, juruteknik mahupun mahupun pekerja pengeluaran. Penglibatan lukisan kejuruteraan dalam bidang jurutera adalah menyeluruh. Bermula dari pengetahuan asas, lakaran sehingga peringkat penyelenggaraan.

Oleh kerana lukisan kejuruteraan mempunyai fungsi utama dalam proses kejuruteraan, ia dianggap sebagai suatu alat pengajaran dan bukan sebagai suatu kerja seni. Suatu lukisan kejuruteraan mestilah mudah, tepat dan jitu.Kefahaman yang mudah dalam lukisan kejuruteraan adalah penting kerana lukisan tersebut menyampaikan suatu maksud atau menerangkan suatu yang diperlukan untuk suatu tujuan.

Dengan kata lain, lukisan kejuruteraan ini adalah awalan sebelum sesuatu dibina, bagi membantu menentukan tahap kesesuaian dan kepenggunaan bahan sebelum sesuatu dibangunkan.

Dizaman serba canggih ini, perlbagai kemudahan telah tercipta bangi membantu memudahkan proses lukisan kejuruteraan. Perisian seperti Autocad, Autodesk Inventor mahupun Google schetch adalah  software  atau aplikasi membantu membentuk sesebuah idea dengan lebihtepat mengikut skala.

Jadi Kenapa Lukisan Kejuruteraan? Kerana Lukisan ini adalah penting dalam sesebuah proses kejuruteraan. penghasilannya membantu pereka sesuatu produk membayangkan rupa awalan produk tersebut dan dapat menegetahui tahap fizikal dalam bentuk lakaran kejuruteraan.


   
Lukisan kejuruteraan merupakan lukisan garisan – garisan yang dibentuk daripada pensel. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan , bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan. Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan.

PERALATAN ASAS DALAM LUKISAN KEJURUTERAAN.

  1. Papan Lukisan.
  2. Kertas Lukisan
  3. Sesiku T
  4. Jangka Lukis
  5. Pembahagi
  6. Jangka Sudut
  7. skala/pengukur/pembaris
  8. lengkung perancis
  9. pensel
  10. getah pemadam